Lihat pada permukaan..
Nampaknya terlalu tenang..
Tapi di dalam hati ku ini terpendam persoalan..
Perlukah aku khabarkan yang ku alami..
Apakah akan terjawab semua..
Perlukah aku bukakan keaibanmu..
Semuanya terletak dalam hati kecilku..
Segala kebenaran atau penjelasanku..
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi..
Ku mohon padaMu Ya ALLAH..
Berikanlah kekuatan..
Untukku menghadapi semua ini.. 
Ya ALLAH ku terus berserah..
Berikan aku hidayah..
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah..
~ Ujian Hidup Ku~
 
 
Di kala hidupku tertekan
Terasa kehilangan
KepadaNya akan ku pergi
Demi mencari bimbingan
Ku berserah takdir padaNya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana…

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak diberi kemakmuran
Hati ku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini
Ku berserah takdir padanya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana…
Dia di hatiku selalu
Memberikanku petunjuk ketika perjalanan ku sukar
KepadaNya ku kembali di akhir riwayat ini
Untuk bersamanya selama-lamanya