Abang...
Ku ingin mempersiapkan diri

Membentuk hati supaya kelak menjadi yang terindah buatmu
Belajar dari Siti Hajar yang dengan sabar dan tanpa mengeluh menghadapi segala dugaan yang Allah berikan
Belajar dari Siti Khadijah yang setia dan tanpa lelah menemani Rasulullah
Belajar dari kekasih yang setia menunggui Arjuna
Belajar dari Raihana yang tak lelah mencintai dan memberi ketulusan hati
Yang suatu masa akan ku tanamkan pada diriku menjadi isteri yg solehah untukmu
Abang....
Akan ku simpan kesucian cintaku untukmu
Untuk engkau yang satu hari nanti akan memberi kembali cinta, ketulusan hati serta perlindungan padaku
Untuk engkau yang telah Allah gariskan menjadi sebahagian dariku
Kerana diriku adalah potongan tulang rusukmu
Sayang..
Ku selalu berdoa sehingga nanti diriku menjadi isteri solehah yang setia
dan dengan tulus mengabdikan hidupku untukmu keranaNya
Sayang.
Jemputlah diriku jika waktunya tiba
dan ku akan setia menunggumu..