Rinduku hanya padamu
 
Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap dihatiku,
Meskipun menyulam kasih di kejauhan,
Kau tetap kurindui kerana,
Hatiku ada didalam hatimu.

Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana mahligai bahagia, 
Yang kita rencanakan masih belum dapat ku miliki, 
Seketika dulu janji kita untuk hidup bersama,
Dalam suka mahupun duka ,
  Hanya pada illahi ku panjatkan doa,

 Semoga cinta kita kekal hingga akhir hayat,
Dunia juga akhirat.

Cintaku,
Dilubuk hati ini ingin ku katakan padamu,
Bahawa aku terlalu menyintai dirimu wahai sayangku,
Alangkah indahnya kalau kau disisi ku,
Tiap detik dan waktu ku harapkan kedatanganmu,
Untuk mengubat hati ku yang kerinduan.

Sedihnya diriku,
Lukanya hati ku,
kerana disisimu masih ada INSAN lain,
Maafkan aku..hati ini terluka...
Ku gagahi jua jalani hidup ini dengan penuh kesabaran,
Demi kasih dan sayangmu,
Kerana semuanya ada padamu,
Kasih, Sayang, Cinta yang ada hanya RINDU
.
Image Hosting
Image Hosting