Hari Ini….

Dalam hidup kita ada dua hari yang tidak perlu dirisaukan...

Yang Pertama - Hari Kelmarin
Kita tidak dapat mengubah apa pun yang telah terjadi. Kita tidak dapat menarik perkataan yang telah diucapkan. Kita tidak mugkin lagi dapat menghapuskan kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang kita rasakan kelmarin. Biarkan kari kelmarin pergi...lepaskan saja.

Yang kedua - Hari Esok
Hingga mentari esok hari terbit, kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Kita tidak dapat melakukan apa-apa esok hari. Kita tidak mungkin sedih atau ceria di esok hari. Esok belum tiba, kita tidak tahu apa yang akan terjadi...biarkan saja.

Yang tersisa kini hanyalah Hari Ini
Pintu kelmarin telah tertutup dan pintu esok pun belum tiba. Pusatkan saja diri untuk hari ini. Kita dapat megerjakan lebih banyak perkara hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari.

Hiduplah Hari Ini
Kerana masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit....hiduplah apa adanya, kerana yang ada hanyalah hari ini yang abadi...

'Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, meskipun mereka berlaku buruk terhadap kita..Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain bukan kerana siapa mereka...tetapi kerana siapakah diri kita sendiri.....'