~ Sentuhan Hati ~

Sesekali Teringat
kumerasakan rinduan hatiku
makin menebal padamu
buaian cinta makin laju
dalam perasaan .

Sesekali Teringat
kasihku sangat mendalam terhadapmu
gelisah hati memberontak
menanti khabar berita darimu .

Sesekali Teringat
kuimbas kembali memori silam
rontaan jiwa mula berkocakan
pabila tragedi kembali segar diingatan .

Sesekali Teringat
adakalanya segala yang berlaku
adalah mainan perasaan
tetapi bagiku adalah satu ujian yang sangat mendalam .

Sesekali Teringat
perasaanku turut bergelora
apakah kasihku ini
akan sentiasa bersinar dihatimu atau 
sekadar menumpang lalu.
 
Sesekali Teringat
kuberserah pada yang esa
untuk menentukan segala kebaikkan
harapan hati cuma mampu berharap 
meniti cinta bersamamu hingga ke akhir hayat
penentuan adalah darimu....


Sesekali Teringat
setibanya cinta naluri mula berkocakan
kerana cinta adalah mainan jiwa dan perasaan
tulus keikhlasan ,jujur kesetiaan
adalah keyakinan diri
hanya dikau yang menentukan
asal cintaku tetap suci dan abadi
dihatimu selama-lamanya....abang